September 24, 2014

Skirt Baju Kurung

Walaupun dah pandai sikit, saya harus terus mencari ilmu untuk jadi lebih pandai. Hari ni saya jumpa cikgu yang kongsi ilmu tentang buat pinggang dan pola skirt. Kebetulan saya tengah siapkan skirt baju kurung. Jahitan saya tak kemas. Harap tutorial ni membantu. Terima kasih Cikgi Laman Jahitan!





September 21, 2014

T-shirt lama

Kat rumah banyak t-shirt lama. Apa nak buat dengan t-shirt2 ni?. Biasa buat kain lap dapur je. Lain?... jom tanya Cik Google...


Picture of FASTEST RECYCLED T-SHIRT TOTE BAG
Beg beli belah


September 19, 2014

Tempah jahit lurus langsir

Hari ni secara rasminya saya mula ambil tempahan jahit (lurus) langsir.

Hubungi saya (call/sms/watsapp): 

011 1424 7019

Upah: 
rm5/ keping .... tingkap
rm6-7/ keping .... pintu
rm6-8/ keping .... sliding door





September 17, 2014

Baju kurung asli dan bunga felt

Dah lama tak menulis di sini. Sepanjang senyap sunyi, saya dah jahit macam-macam. Malas nak update aktiviti kraf. Malam Hari Malaysia saya terasa nak berfelt. Kain felt yang warna-warni tu dah berbulan-bulan tersadai. Tak pasti nak buat apa... yang penting kita buat apa yang patut dulu. Hasilnya akan di post... insyallah :)


Siang harinya, jahit tempahan baju kurung Huda. Skirtnya tak sempat buat. Pelanggan pertama.. dah berani sikit ambil tempahan dengan orang terdekat. Bila lagi kan. Upah... hmmm rm25 sepasang sebab saya belum banyak pengalaman.Ok lerr... suka suki dan bantu orang-orang terdekat. Agak-agak orang tu setuju terma & syarat untuk saya jahit baju dia... ok lerrrrrrr. Apa terma & syarat yang dikenakan? Pertama... faham yang saya ni agak baru, kurang pengalaman. Jadi misti ada yang tak berapa kemas. Saya juga perlukan komen untuk baiki mutu jahitan. Kedua, saya jahit tak boleh siap cepat-cepat sebab bukan tukang jahit sepenuh masa. Tu je syarat yang saya kenakan kat Huda. Huda pun tak kisah. Saya dah jahit 2 pasang. Ada lagi 2 pasang baju Huda saya hutang!


August 17, 2014

June 20, 2014

Tutorial Span Bahu

Selama ni saya jahit asal cukup syarat nampak bentuk. Bila dah pakai dan cuci baju tiga kali ke atas, span mula herot benggot dat dalam kain bungkusnya atau kain bungkus mula pecah. Baju-baju yang saya tempah dulu tak ada pula masalahnya. Kebetulan Cik Laman Jahitan ni tayang kain tempahan yang bakal beliau kerjakan. Segala benda-benda termasuk span yang siap di jahit kain bungkus ditunjukkan. Saya cuba nasib pun minta tutorial. Tima kasih Cik Laman Jahitan kerana mendengar suara saya. Ilmu yang saya dapat saya kongsi di sini. Semoga Cik Laman Jahitan mendapat ganjaran pahala di atas perkongsian ilmu beliau











May 22, 2014

DIY sarung tilam

Terima kasih kepada FBian yang berkongsi ilmu tentang jahit sendiri sarung tilam (suami saya panggil bungkus tilam). Sebelum ilmu itu hilang dari pandangan mata, baik ler saya copy & paste di sini. Saya tolong panjangkan perkongsian beliau. Semoga beliau mendapat pahala dengan kebaikan yang telah dilakukan.




May 14, 2014

Karya sempena hari Wesak

Jam 9 malam Selasa, dah lelap walaupun esoknya cuti. Membayar letih hari Ahad. Tido awal, bangun awal. Jam 3 pagi dah terjaga. Risau baju untuk reunion belum siap jahit hujung tangan dan span bahu. Tema hitam dan merah. Lagi, kain untuk buat bantal belum habis potong dan jahit. Misi bantal untuk Kak Tim. Jam 3pm misti siap semua. Apa lagi, seisi maraton. Jom cuci mata tengok laporan seisi maraton.





Siap



Custom made bantal 16" x 22"


Cik Pembantu

Alahai.. masa ni la dia mintak manja



May 08, 2014

Jubah, Blouse dan Baju kurung

Bersambung cerita dari post lepas, saya tak dapat siapkan skirt untuk baju kurung kedah sebab sebelah kain hilang. Tak tau siapa punya angkara atau angkara sendiri yang selalu kelupaan. Hehh. Puas dicari. Untuk mengubat lara hati sementara jumpa semula, beberapa seisi menjahit telah dilakukan. Antaranya, jubah basahan Laling-Comel-Saya serta jubah dan blouse labuh untuk diri sendiri.
Hasil belajar dari otai-otai tenet, berlaku peningkatan prestasi dari segi jahitan leher dan kemasan jahitan. Kalau nak lagi baik, rajin-rajin la menjahit ya Nak. Begitulah kata untuk diri sendiri. Walaubagaimanapun pola jubah versi baru ni perlu ada pengubahansuaian sebab agak sarung nangka. Jubah akan datang perlu lebihkan 2 inci. Banyak tu... lain kali jangan memandai-mandai buat pola baru ;)






Blouse untuk diri sendiri juga guna pola yang sama disebabkan saiz kami hampir sama. Orang lelaki bidang dada agak lebih lebar, kotttt.....



Dan hari ni, saya terima 4 helai kain untuk dijahit. Kawan ofis pujuk minta tolong jahit 3 baju kurung dan 1 jubah. Dah ku halau cari otai, tak mahu. Saya budak baru belajar. Boleh ke? Yakin bolehhh. Apa pon, Insyallah




April 21, 2014

Kurung Kedah


Musim uncang dah berlalu lebih kurang 2 minggu lepas. Sekarang musim berehat sekejap sementara menunggu tempahan lagi dan lagi.... insyallah jika  diizinNya. Walaupun tak menjahit uncang, saya belajar menjahit dan jahit jahitan pakai sendiri yang tertunda.


Belajar menjahit baju kurung asli masih lagi sikit demi sedikit. Dalam masa yang sama saya belajar jahit baju kurung kedah. Agak mudah sikit. Saya belajar buat pola dari blog Inayus. Semalam, baju saja yang dapat disiapkan cuma skirt masih dalam dilema samada kain selisih atau lipat belakang. Cubaan pertama.. walaupun boleh pakai, saya perlu buat sedikit pembetulan pada pola dari segi labuh baju. Yang lain, ok.. tiada masalah.

Saya dah cuba, anda bagaimana? ;)


March 19, 2014

Ilmu baju kurung

Sekarang saya didalam dilema samada masuk kelas atau belajar sendiri berpandukan cikgi-cikgi internet. Hmm.. keputusan dah dibuat. Belajar dari cikgi-cikgi internet dan cuba buat. Kalau tak berjaya, masuk kelas!
Tutorial di bawah ni adalah kesimpulan mengikut kemudahan, kefahaman, pengalaman membaca, melihat blog, laman web dan video-video selama ini. Saya tak perlu lagi ke sana sini mencari blog cikgi-cikgi bila tiba masanya untuk menjahit baju kurung.

Ukuran 
i. Ukuran dari baju contoh
Sumber: Impian Ima

Sumber gambar: Impian Ima

Baju

Labuh baju
Ukuran bahu
Ukuran turun bahu
Ukuran panjang tangan
Ukuran bukaan tangan
Ukuran pesak atas
Ukuran pesak bawah
Ukuran kekek
Skirt

Ukuran labuh skirt
*Nota: Basi labuh skirt... lipat bawah: 1.5cm & getah: 4cm

Ukuran punggung

Pola akan datang!
Leher akan datang!
Baju akan datang!

Kain
Tutorial 1
Sumber: Bunga Emas Collection

Langkah 1

Laingkah 1: Siapkan kain yang dah pleat, sekeping kain A ikut panjang pinggang dan lebar 3.5" dan getah+velcro

Langkah 2:  Tapak mesin pada hujung bahagian lipatan-lipatan kain

Langkah 2
Lagkah 3: Jahit cantum 0.5" sekeliling kain A pada pinggang kain untuk hasilkan Bahagian C
Langkah 3

Langkah 4: Mula jahit getah+velcro pada Bahagian C




Jahit paling tepi bagi ganbar di bawah:


Langkah 5: Gunting lebihan kain


Langkah 6: Bahagian tepi dilipat dan diterbalikkan

Tepi dilipat
Diterbalikkan
Langkah 7: Jahit kemas



Langkah 8: Jahit hujung satu lagi, sama cara di atas. Kedudukannya sama seperti hujung yang pertama tadi, tapi perlu dilebihkan 1.5 inci dari zip.




Langkah 9: Jahit velcro+getas bahagian tengah kain. Kedua-duanya telah ditanda. 




Langkah 10: Jahitan pada bahagian getah perlukan sedikit regangan. Tarik dan jahit.




Langkah 11: Siapppp. Terima kasih akak bungaemas. Semoga beliau mendapat ganjaran pahala besar.




Nota: Jahit Velcro+Getah

Langkah 1: Kedua-duanya separuh dari ukuran pinggang

Langkah 2: Kedua-duanya dipotong lagi separuh, dapat 4 potongan.

Langkah 3: Salah satu daripada dua potongan getah dipotong lagi separuh, dapat 3 potongan.

Langkah 4: Tambahan hujung, velcro 1" dan 1.5"


Tutorial 2