Dah lama tak menulis di sini. Sepanjang senyap sunyi, saya dah jahit macam-macam. Malas nak update aktiviti kraf. Malam Hari Malaysia saya terasa nak berfelt. Kain felt yang warna-warni tu dah berbulan-bulan tersadai. Tak pasti nak buat apa... yang penting kita buat apa yang patut dulu. Hasilnya akan di post... insyallah :)
Siang harinya, jahit tempahan baju kurung Huda. Skirtnya tak sempat buat. Pelanggan pertama.. dah berani sikit ambil tempahan dengan orang terdekat. Bila lagi kan. Upah... hmmm rm25 sepasang sebab saya belum banyak pengalaman.Ok lerr... suka suki dan bantu orang-orang terdekat. Agak-agak orang tu setuju terma & syarat untuk saya jahit baju dia... ok lerrrrrrr. Apa terma & syarat yang dikenakan? Pertama... faham yang saya ni agak baru, kurang pengalaman. Jadi misti ada yang tak berapa kemas. Saya juga perlukan komen untuk baiki mutu jahitan. Kedua, saya jahit tak boleh siap cepat-cepat sebab bukan tukang jahit sepenuh masa. Tu je syarat yang saya kenakan kat Huda. Huda pun tak kisah. Saya dah jahit 2 pasang. Ada lagi 2 pasang baju Huda saya hutang!
No comments:
Post a Comment