July 07, 2012

Projek Hantaran 1

Syukran. Kerja-kerja meng'gentel' bunga sejak sebulan yang lepas telah siap sepenuhnya & selamat diserahkan. Projek hantaran yang pertama. Puas hati?..... hmmm OK LAAAAA. Puas hati kat sirih junjung, siap disaat akhir. Sekarang, saya sambung cerita dari post "Bermulanya...."

Untuk keliling bekas hantaran, saya hias dengan bunga-bunga silver dan bunga-bunga krim. Saya ada 7 bekas hantaran. Jadi, untuk ini saya memerlukan beratus-ratus bunga silver dan krim. Masa yang lama diperlukan untuk saya meng'gentel' bunga-bunga ni. Bila dah siap, agak puas hati. Untuk hiasan dalam bekas, tak perlu banyak hiasan sebab keliling bekas dah penuh hiasan bunga-bunga. Saya hanya letak sekuntum bunga siap silver.


Sirih junjung, dalam adat Melayu wajib ada pada setiap set hantaran. Idea untuk gubah sirih ni saat-saat akhir sebab otak dah tak berapa nak kreatif disebabkan tak cukup rehat seminggu yang terakhir. Tambah dengan risau hari makin dekat untuk serahkan hantaran, bunga krim dan silver yang tak siap-siap di'gentel'. Dah lari daripada jadual sepatutnya. Dua hari sebelum serah, baru saya nak mula menggubah sirih junjung. Saya terpaksa guna daun sirih plastik sebabnya daun segar ada kerosakkan dan risau kesegaran akan merosot akibat jarak perjalanan yang jauh (KL-JB) dan cuaca semasa perjalanan tengahri dan petang.

Gambar sebelah ni, hanya setaka ni yang sempat digubah kat KL. Selebihnya terpaksa digubah dalam perjalanan dan di hotel. Masa ni, sangatlah risau tak sempat siap.
Yang sebelah kanan ni, hasil yang saya buat dalam kereta semasa perjalanan KL-JB. Masih lagi risau sangat-sangat sebab tak cukup bahan untuk gentel bunga, tapi akhirnya cukup-cukup bunga untuk dibolakan.





Taraaaaaaa..... siap sepenuhnya pada jam 1:30 pagi, 9 jam sebelum waktu nikah.











Sekarang, saya nak share hantaran-hantaran selain sirih junjung yang saya siapkan untuk projek hantaran pertama saya. Bunga utama yang saya gunakan ialah bunga stokin. Jumlah kos barang-barang termasuk kos bekas kayu ialah rm689.


Coklat

Kain pasang

Beg tangan

Laptop

Minyak wangi

Wang hantaran ( juga cincin dan gelang tangan)


Akhir sekali, terima kasih tak terhingga untuk suami tersayang kerana banyak membantu dari jadi pemandu ke sana sini, peneman membeli belah, jadi mangsa emosi risau, letih dan tukang gentel bunga ;)
















No comments:

Post a Comment