July 31, 2012

Meng'uncang kembali lagi (01)


Dalam kesibukan beramal ibadah dibulan Ramadhan kali ni, alhamdulilah rezeki uncang tiba selepas lebih kurang 2 minggu berehat. Dalam masa 2 minggu rehat, kesempatan untuk jahit jubah lalingku. 80% peratus siap... tapi terpaksa ditunda sementara.

Sampel untuk Kak Aizan
Kali ni, tempahan agak ekslusif untuk Kak Aizan. Uncang satin dengan filigree sebanyak 30 keping. Walaupun tempahan Kak Aizan datang kemudian daripada Kak Rozita, saya terpaksa dulukan Kak Aizan memandangkan tarikh siap sebelum 8-Ogos. Tarikh siap untuk Kak Rozita ialah 30-Ogos. Balik dari cuti ialah 30-Ogos. Macam mana pun, kena siap sebelum balik kampung beraya.  Sempat ke... ada 15 hari lagi? Errrrr.... risau... risau sebab kali ni bukan uncang plain/ basic. Filigree perlu ditangankan jahitannyer. Heheh... maknanya jahit tangan (manual), bukan tampal pakai gam. Untuk tampal lace, jahit mesin tapi kena hati-hati sebab benangnya sangatlah sensitif. Nasib baik tak ratus-ratus uncang.

Sampel untuk Kak Rozita
Sabtu lepas seisi membeli belah barang-barang yang diperlukan dan semalam bermulanya kerja-kerja meng'uncang'. Target siap projek Kak Aizan ialah Ahad ni. Jadi, minggu depan giliran Kak Rozita.




No comments:

Post a Comment