Sabtu datang lagi!. Cerita semalam... sempena hari yang penuh barakah, saya telah mendaftarkan perniagaan kecil-kecilan dan sambilan yang berlaku sejak dua tahun lepas. Alhamdulilah. Setapak ke hadapan. Semoga saya terus maju dan berjaya.
Apa perniagaan yang saya daftarkan? Hmm.. tak ada idea. Letak je la... segala-galanya tentang kraftangan. Nama perniagaan... Pentas Zuwa Enterprise. Nama pilihan utama, Pentas Jemari Enterprise dah didaftarkan. Zuwa... pagi semalam main scrabble guna nickname Zuwa. Zuhra + Wa = Zuwa. Hmm.. boh je la.
Plan hari ni nak buka email.. facebook... blog & yang terakhir, rubber stamp. Semoga semuanya berjalan lancar.
No comments:
Post a Comment