Bajet siap dah ke laut. Hehehh. Macam-macam hal berlaku. Isnin, hari bekerja bagi wilayah persekutuan Kuala Lumpur. Saya yang berperasaan cuti. Hmm... cam mana pon, cuti kecemasan juga sebab Mak sakit. Lebih separuh hari digunakan untuk Mak. Sejak Mak sakit, saya ambil alih tugas Mak. Sampai rumah, terus bersilat kat dapur. Tak sampai 2 jam untuk siapkan juadah berbuka puasa. Jam 8pm, baru settle hal dapur dan berbuka.
Kesimpulannya, masa tak cukup untuk siapkan 80pcs uncang. Masa tido terpaksa dipendekkan kepada 4 jam. Sambil menjahit, kerja-kerja rumah buat juga. Sampai ke hari ni, baru 40pcs. Sangat slow cik puan Zuhra oiiii! Yer ler.... bukan 80pcs tapi 160 pcs (80 lapisan luar + 80 lapisan dalam). Lagi separuh. Harap-harap siap sehari dua ni. Kurang seminggu untuk siapkan baju raya - 3 helai - saya, suami & Mak. Pengsan... kesuntukan masa!
No comments:
Post a Comment