Hari ni secara rasmi, saya akan mulakan projek baru, hantaran sepupu yang perlu disiapkan sebelum berakhirnya Jun. Sesuatu yang baru. Hantaran sendiri dulu orang lain yang buatkan. Plan majlis pon orang lain. Hee.... 3 minggu lepas, Kak ida tanya, Boleh ke ko buat.. hantaran sendiri dulu apasal ko tak buat. Huhh... bikin lemah semangat betol ngan ayat dia nih. Jawapan: Alaaa.. masa tu mana ada masa... sebok keje. Projek tengah banyak. Sabtu petang dok ofis, Ahad dok ofis, tido kat ofis.. pendek kata 'membesar' kat ofis. Cam mana nak ada boipren. Dah sangkut lak, nak dating pon tak sempat. Sipi-sipi ditinggalkan oleh Boipren-Yang-Ni sebab tunggu kat Midvalley 2 jam. Nasib baik separuh merajuk. Sejarah 4 tahun lepas. Kalau dah jodoh, tak kemana... kan? Heee..
-1-
Majalah ini sebagai rujukan. Lebih kurang tiga minggu lepas, mereka sepakat untuk guna idea merujuk kepada salah satu design hantaran dalam majalah ni.

Petang ni lepas keje, nak turun Jalan TAR. Cuci mata... survey & beli apa yang patot & berkenan.
-2-
Jun, 04
Jumlah belanja setakat ni = rm28.90
-3-
Jun, 07
Tak sampai sepuluh kuntum dapat dikerjakan malam tadi. Malam ni sambungannya. Minggu depan misti kena siap. Insyallah...
-4-
Jun, 11
Semalam barang-barang utama dah siap dibeli di Fah Lean. Ada jualan murah. Yummm...yumm.. yummmm. Apa lagi, beli borong ler. Antaranya, bekas hantaran, kotak barang kemas dan sedikit aksesori untuk bunga hiasan. Pelan asal, nak beli barang-barang ni kat Nilai. Sebelom ke Nilai singgah jengok-jengok dulu kat Fah Lean. Alhamdulilah, kebetulan hari terakhir jualan murah dan bekas-bekas hantaran yang dikehendaki ada. Jadi jimat masa, jarak perjalanan dan kos membeli.
Jumlah belanja setakat ni = rm270.30
-5-
Jun, 14
Hari ni, keluar ofis terus turun kedai Bunga Reben, Jalan TAR. Status barang-barang yang patut dibeli terkini ialah 80%. Tinggal renda keliling bekas hantaran dan barang-barang untuk sirih junjung
| 'Preview' idea |
-6-
No comments:
Post a Comment