October 04, 2011

Adat resam Melayu... bahagian 1

Semalam, aktiviti rayau mengingatkan aku pantun-pantun 'klasik' bila terpandang sesuatu....

Rumah gadang di baruh rambai,
Cukup tiang tiga puluh;
Tuan puteri memakan cabai,
Sirih ditanam belum tumbuh.

Sahaya tidak tahu rebana,
Dapat setindih tekan-menekan;
Saya tidak tahu senda makna,
Sirih diberi saya makan.

Batang padi tercuat-cuat,
Batang bemban terpanggung-panggung;
Kehendak hati segeralah buat,
Badan siapa yang menanggung?

Kenapa kepuk di ladang,
Kalau tidak berisi padi?
Kenapa rambutnya panjang,
Kalau tidak berani mati?

Berapa tinggi pucuk pisang,
Tinggi lagi asap api;
Berapa tinggi Gunung Ledang,
Tinggi lagi harap kami.

Kalau begitu kembang jalannya,
Ikan masuk ke berombong;
Kalau begitu rembang katanya,
Cuba berserah beradu untung.

Meranti cabangan dua,
Ditarah buat kerentung;
Sedang mati lagi dicuba,
Inikan pula beradu untung.
sumber: http://resam-melayu.com
Kembali bersambung ;)

No comments:

Post a Comment